Saturday 20 July 2013

Antologi 'DIA'



Dia, adakah kau kenal dia?
Ya,si dia di dalam hati.
Kau fikir dia istimewa kerana aku becerita perihal dia ketika ini bukan?
dengan rasa dangkal, 
Aku perihalkan kisah si kekasih setia yang ditumpaskan oleh cinta hatinya.

Setiap ketika dia cuba mendapatkan cinta daripada gadisnya,
Segalanya dicurahkan,bahkan nyawanya sendiri snaggup diberikan kalau bisa,
Tapi apa yang si kekasih setia dapat?
Gadisnya hanya memperlakukannya seperti boneka,
Ya, boneka yang bisa berikan kau apa sahaja 
Kebodohannya mengangkat darjat kau setinggi puteri angkasa.

kerana apa? kerana cinta agungnya yang kau anggap sampah!
Tidak terdetik sedikit rasa sayangkah kau padanya?
Pada dia yang menghambakan dirinya semata untuk memberikan kau rasa bahagia?
Dia, bukan sembarangan darjatnya,
Tapi jatuh jua semata kerana gadisnya.

Kelmarin, aku menyaksikan dia,
Ya, si dia yang kau gunakan kerana kebodohannya mencitaimu,
Mencabut nyawanya sendiri sebelum waktunya,
Dan kelmarin,
Aku menyaksikan tubuh malang itu dengan umpatan mulut busuk manusia.

Aku? dan aku disini,
Bersama rasa berbuku di dalam pelusuk hati paling dalam,
Kerana apa?
Kerana si dia yang disampahkan oleh kau gadisnya itu,
Adalah segalanya bagi aku,
Ya, aku yang tidak pernah dipandangnya
Dan kini meratap sepi bersama kepergiannya.....







Friday 19 July 2013

Pesan sahabat






Pernahkah kau mendengar?
pernahkah kau mendengar ungkapan ini,
lelaki dan perempuan tak boleh bersahabat,
kerana di akhirnya nanti salah seorang pasti akan jatuh cinta.
Nah, itu sebabnya aku menulis pagi ini.
melemparkan rasa terkilan didada,
rasa yang tak mampu aku luahkan.

Ya,rasa ini patut di lemparkan ke wajah kau,
kau yang aku gelar sahabat,
berjanji setia menjadi sahabat sehingga ke akhirnya,
tapi,kerana kau,
kau memungkiri janji kita,
meluahkan rasa cinta pada aku yang tidak sepatutnya.

Dan aku,
aku yang akhirnya menanggung bebanan,
bebanan disalah tafsir manusia,
manusia yang hanya tahu meludah busuk ke wajah perempuan,
perempuan seperti aku yang mengagungkan persahabatannya,
walaupun telah dihina rasa ini dengan rasa cinta kau.

Terpaksa,
terpaksa aku pergi meninggalkan kau,
kau sahabat yang memungkiri janjimu,
mempergunakan rasa kasihku sebagai sahabat,
mengelirukan mata manusia di luar sana,
sesungguhnya ini penamat untukmu.


halalkan makan minum,terkasar bahasa, kasih aku tak pernah luntur,tolong hilangkan rasa cinta kau demi persahabatan kita.












Wednesday 10 July 2013

cinta pertama








Mungkin ini cerita lapuk,
cerita cinta aku dan dia yang berzaman tidak kesampaian,
Tapi sejak berzaman aku cuba lari,
lari dari kenyataan kau bukan untuk aku,
kita tak mungkin bersatu.

Semalam, terasa menggigil badan,
terasa bagai disiat hati,
Bila si dia mu yang baru bercerita perihal kau,
ya, kisah cinta kau dan dia,
Kisah cinta agung kalian berdua.

Tapi kenapa, 
aku disini masih terasa bisa,
Bisa bila terkenangkan kalian berdua,
Bahagia mencipta bahagia bersama,
Tanpa aku seperti dulu.

Benci? aku tidak benci,
Dendam? jauh sekali,
Hati ini cuma terkenang memori,
Memori lapuk yang tidak kesampaian,
Bersama dia si cinta pertama. 








Monday 8 July 2013

number six


Assalammualaikum..
sambil-sambil duk layan cerita hindustan ni,baik aku update sikit. Well, nampak gayanya ni last sem aku kat politeknik tercinta ni.



Harap sangat sem last ni jadi semester yang paling best. hilangkan stress tu semua, enjoy je belajar!! jyeahhh
:)