Monday 26 August 2013

Angka Dua



Pagi ini aku menulis,
Bukan kerana apa,
Hanya terkenangkan angka dua,
Ya, lagi dua bulan akan bebas terbang ke udara,
Meniti hidup baru sebagai graduan politeknik,
Walaupun hanya politeknik,
Banyak makna yang tersimpan kemas di dalamnya.

Dia,
Si dia angka dua,
Adakala dirasa menghampiri terlalu cepat,
Dan adakala menghampiri terlalu lambat,
Bergembiralah wahai aku,
Sementara menghabiskan sisa-sisa angka dua.

Esok,
Esok belum tentu menjanjikan apa-apa,
Selagi hidup masih ada,
Teruskan dengan rasa syukurnya,
Bersyukurlah wahai Aku.